PROFIL RINGKAS SYARIKAT

Shaifulzairul Aziz Sdn Bhd merupakan syarikat sendirian berhad yang dilesenkan untuk beroperasi di negara Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan pada 27 Januari 2003 dengan modal dibenarkan sebanyak RM 500, 000.00 dan modal berbayar sebanyak RM 500, 000.00. Alamat syarikat adalah di Lot 1615, Jalan Kuang, Batu 20, 48050 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

Syarikat ini mula beroperasi pada bulan Februari 2003 selepas ianya didaftarkan. Syarikat ini juga telah didaftarkan sebagai Kontraktor / Pembekal dan Pembuat Badan Kenderaan dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan mempunyai sijil-sijil yang berdaftar sebagai Kontraktor Bumiputera.

Memandangkan Shaifulzairul Aziz Sdn Bhd kini semakin berkembang maju, ianya berhasrat untuk mempelbagaikan lagi bidang perniagaannya secara meluas. Syarikat juga mempunyai sebuah kilang membina badan kenderaan (Coach Builder) yang sedang beroperasi di Lot 3066, Lorong Dato' Abu Bakar, Jalan Kuang, Batu 20, 48050 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

Syarikat ini juga mempunyai kepakaran serta pengalaman yang luas dalam bidang-bidang seperti berikut:-

PERKHIDMATAN SYARIKAT
BIL KOD BIDANG/KERJA
1. 160103 KERETA
2. 160104 LORI
3. 160105 BAS
4. 160199 PEMBUAT(BADAN BAS, BADAN LORI/ TRAK,VAN/BOX VAN,AMBULANS)
5. 160200 JENTERA BERAT
6. 160301 ALAT GANTI / AKSESORI KENDERAAN
7. 160302 ALAT GANTI / AKSESORI JENTERA BERAT
8. 160402 PERALATAN DAN ALATGANTI KERETAPI
9. 180100 MESIN DAN KELENGKAPAN BENGKEL
10. 200200 STESYEN JANAKUASA DAN PERALATAN GENERATOR / ALAT GANTI
11. 220109 PERKAKAS / SISTEM ELEKTRIK
12. 220110 MESIN DAN PERALATAN WORKSYOP
13. 220202 JENTERA BERAT / KENDERAAN JENTERA
14. 220117 KENDERAAN BAWAH 3 TON
15. 220118 KENDERAAN MELEBIHI 3 TON
16. 220121 KERJA-KERJA MENGETOK DAN MENGECAT
17 220123 MEMBAIKPULIH TEMPAT DUDUK / KUSYEN DAN BUMBUNG
18. 220201 MEMBELI BARANGAN LUSUH
19 110100 BAHAN BAKAR
20. 190201 BOT
21. 190203 ALAT GANTI DAN KELENGKAPAN BOT / KAPAL

Sejak ditubuhkan, Shaifulzairul Aziz Sdn Bhd telah pun menempa nama dalam memberi perkhidmatan yang cemerlang terutamanya di kalangan Badan-Badan Berkanun, Swasta, Korporat dan Jabatan-Jabatan Kerajaan / Kementerian-Kementerian. Sebagai menyahut cabaran atas perkembangan dunia perniagaan, syarikat ini akan memberi perkhidmatan terbaik mengikut kehendak semasa dan para pelanggan khususnya.

Shaifulzairul Aziz Sdn Bhd berharao agar semua pihak dapat memberi sokongan dan yakin dengan kemahiran syarikat kami untuk melaksanakan apa jua kerja yang ingin diceburi sebagai Pembekal / Kontraktor atau Pembuat Badan Kenderaan yang sentiasa memenuhi kehendak pengguna berlandaskan piawaian yang telah ditetapkan.